(a) Di kaunter pembayaran saman Polis Di Raja Malaysia, seorang pelanggan bertanya sama ada pembayaran terhadap berikut.
i. Apakah prosedur yang teratur untuk menerima cek sebagai bayaran? (5 markah)
Arahan Perbendaharaan
Bab A : Tatacara Kewangan (AP 60[i], AP 76)
Muka Surat : 292 , 298
Jawapan :
Pemungut boleh menurut budi bicaranya, menerima cek sebagai bayaran. Semua cek hendaklah dibuat untk dibayar kepada jabatan yang berkenaan atau Akauntan Negara atau Akauntan Negeri / Bendahari Negeri mengikut mana yang berkenaan dan dipalang “Akaun Penerima Sahaja”. Nombor siri mana-mana cek yang diterima, mestilah dicatat pada Resit Rasmi yang dikeluarkan.
Resit Rasmi secara manual atau elektronik mestilah dikeluarkan sebagai akuan terima wang yang dibayar kepada seseorang pegawai awam. Resit Rasmi mesti dikeluarkan pada masa urusan dibuat dan jika seseorang hadir sendiri, Resit Rasmi mestilah diserahkan kepadanya.
ii. Bagaimanakah pula tindakan jika didapati cek tersebut tidak diterima oleh pihak bank? (5 markah)
Arahan Perbendaharaan
Bab A : Tatacara Kewangan (AP 76 [b])
Muka Surat : 298
Jawapan :
Tindakan yang perlu diambil sekiranya cek tersebut tidak diterima oleh pihak bank ialah Pemungut bertanggungjawab untuk mendapatkan amaun gantian cek itu mengikut peraturan yang berkuat kuasa. Semua Pejabat Pemungut hendaklah menyelenggara satu Daftar Cek Tak Laku dan bertanggungjawab menghubungi pembayar / pengeluar cek untuk membatal resit asal dan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengutip amaun yang tertunggak.
Pemungut hendaklah menyediakan tunggakan hasil dan melaporkannya kepada Pegawai Pengawal. Pelarasan perlu ditunjukkan di dalam Buku Tunai atau Buku Tunai Elektronik apabila cek tersebut diketahui tidak laku.
No comments:
Post a Comment