Tuesday 7 May 2013

BAHAGIAN I (SOALAN 1)



(a)  Semasa menghadiri majlis anjuran kesatuan sekerja, Encik Kamal telah diberikan hadiah kerana kesudiannya menghadiri diri. Selepas membukanya, Encik Kamal mendapati ianya satu hadiah yang cukup bernilai. Jelaskan dari segi peraturan sedia ada mengenai syarat pemberian hadiah yang diterima oleh Encik Kamal? (5 markah)



Muka Surat 959 : Syarat-syarat Meluluskan Penerimaan Hadiah Oleh Jabatan-Jabatan Kerajaan

Jawapan :
Syarat pemberian hadiah yang diterima oleh Encik Kamal dari segi peraturan sedia ada adalah syarat pertama iaitu hadiah yang diterima hendaklah diberikan oleh penderma secara percuma tanpa sebarang syarat dan ikatan. Penderma-perderma pula tidak mempunyai apa-apa kepentingan dengan Kerajaan.

Syarat kedua, pastikan barang-barang atau peralatan-peralatan yang dihadiahkan adalah yang belum terpakai dan alat-alat gantinya mudah diperoleh. Barang atau peralatan tersebut hendaklah member manfaat atau faedah kepada Jabatan atau negara amnya.

Syarat ketiga, sesuatu hadiah itu diberikan oleh penderma secara sukarela dan bukan  atas permintaan Jabatan Kerajaan yang berkenaan. Jabatan Kerajaan adalah dilarang menjalankan usaha bagi mendapatkan hadiah atau derma dari mana-mana pihak sama ada pertubuhan atau orang perseorangan.

Kuasa untuk meluluskan penerimaan hadiah mengikut syarat-syarat tersebut  ialah Ketua Setiausaha atau Pegawai Pengawal.


(b)Puan Amanina, seorang Pembantu Penguatkuasa di sebuah Jabatan dilihat menyenggara taraf hidup melebihi daripada emolumen atau pendapatannya. Mengikut peraturan sedia ada, apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh ketua jabatannya? (10 markah)



Bab D : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
Bahagian II : Peraturan No 11
Muka Surat : 155

Jawapan :
Jika Ketua Jabatan berpendapat bahawa Puan Amanina adalah atau tampaknya menyenggara suatu taraf kehidupan yang melebihi emolumen dan pendapatan persendiriannya yang lain yang sah jika ada, atau mengawal atau memiliki sumber-sumber kewangan atau harta, sama ada harta alih atau harta tak alih, yang nilainya tidak seimbang dengan atau yang tidak boleh munasabahnya dijangka telah diperoleh oleh pegawai itu dengan emolumentnya dan apa-apa pendapatan persendiriannya yang lain yang sah, tindakan yang boleh dilakukan oleh Ketua Jabatannya hendaklah melalui notis  bertulis menghendaki pegawai memberikan penjelasan bertulis dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan notis itu tentang bagaimana dia dapat menyenggara taraf kehidupan sedemikian atau bagaimana dia telah mendapat sumber-sumber kewangan atau harta tersebut.

Apabila Ketua Jabatan menerima penjelasan atau jika Puan Amanina tidak memberikan apa-apa penjelasan dalam tempoh yang ditentukan, apabila tempoh tamat, melaporkan hakikat itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan beseta dengan penjelasan pegawai itu jika ada.

Apabila laporan diterima, Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh mengambil tindakan tatatertib terhadap Puan Amanina atau mengambil apa-apa tindakan lain terhadap Puan Amanina sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa Tatatertib.


(c)Cik Alia, Pegawai Tadbir N41 di Jabatan Kimia telah diarah oleh Ketua  Jabatannya untuk membuat laporan mengenai satu kes keracunan seperti dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan. Bagi mempastikan laporan yang dibuat adalah berdasarkan fakta sebenar, beliau bertolak dari pejabat pada jam 8.00 pagi dengan kenderaan sendiri ke tempat kejadian yang jaraknya 30 kilometer daripada pejabat dan pulang semula ke pejabat pada jam 6.00 petang.

Dalam kes ini, apakah elaun-elaun yang layak dituntut oleh Cik Alia? Jelaskan. (5 markah)



Bab B : Elaun-Elaun Dalam Perkhidmatan 1974
Muka Surat : 32 (Elaun Harian), 35 (Elaun Perjalanan Kenderaan)

Jawapan :

Cik Alia menjalankan tugas rasmi dan lingkungan jarak Jabatan Kimia melebih 25km yang dihubungi oleh jalanraya. Elaun-elaun yang layak dituntut oleh Cik Alia ialah Elaun Harian. Cik Alia menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya bagi tempoh melebihi 8 jam tetapi kurang 24 jam adalah layak menuntut Elaun Harian mengikut kadar separuh daripada kelayakan Elaun Makannya. Elaun Makan Cik Alia ialah RM45.00. Cik Alia dapat Elaun Harian iaitu separuh daripada Elaun Makannya iaitu RM22.50

Cik Alia menggunakan kenderaan sendiri bagi menjalankan tugas rasmi sama ada di dalam atau di luar Ibu Pejabatnya layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan mengikut kadar yang ditetapkan iaitu 500 km pertama untuk kenderaan Kelas A ialah RM0.70. Jumlah Elaun Perjalanan Kenderaan ialah RM21.00 (RM0.70 x 30km).

No comments:

Post a Comment