Thursday 16 May 2013

BUKU RUJUKAN - BAHAGIAN III

Bahagian III - Undang-Undang Umum

Tagging buku mengikut tajuk seperti berikut :

1) Perlembagaan Malaysia (Bahagian III, IV dan V)
    Tagging termasuk jadual yang berkaitan.

2) Akta Pencen (1980) dan Peraturan-Peraturan Pencen 1980

3) Kaedah-Kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)


Semoga Berjaya!!! =)

BUKU RUJUKAN - BAHAGIAN II

Berikut adalah Senarai Bahan Rujukan untuk Bahagian II :

1) Panduan Pengurusan Pejabat
    Tagging seperti biasa mengikut tajuk-tajuk.

2) Arahan Keselamatan
    Tagging seperti biasa mengikut tajuk-tajuk.
    Untuk Soalan yang berkaitan Arahan Keselamatan, saya tidak menjawab soalan tersebut. Kerana  
    semasa saya exam, tiada bahan rujukan ~hehehe, exam pun pinjam buku orang lain kerana tidak
    tahu kena bawa. Pengajaran ~ lihat sukatan peperiksaan ~ jangan jadi macam saya huhuhu

3) Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA)
    Tagging seperti biasa mengikut tajuk-tajuk.


Semoga Berjaya!!! (",)

BAHAGIAN II (SOALAN 8)

Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan system pengaduan awam dalam perkhidmatan awam. Pengendalian aduan awam yang cekap, tepat, telus dan berkesan amat penting bagi memastikan rasa tidak puas hati pelanggan dan orang awam terhadap penyampaian perkhidmatan Kerajaan ditangani dengan baik dan penuh berhemah. Selain BPA, Kementerian / Jabatan dan semua agensi Kerajaan yang terlibat dengan aduan hendaklah mengambil tindakan yang segera terhadap pengaduan awam berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.
PKPA Bil 1 Tahun 2009 - Penambahbaikan Proses Pengaduan Awam
Muka Surat : 787-792

(a) Berikan tarif panduan pengaduan awam dalam perkhidmatan awam. (7 markah)

Pengaduan Awam ialah pengaduan-pengaduan orang ramai mengenai ketidakpuasan mereka terhadap sebarang tindakan pentadbiran Kerajaan termasuk agensi-agensi yang diswastakan dan institusi-institusi yang berbentuk monopoli dan membekalkan keperluan-keperluan awam (public utilities) yang dirasai tidak adil, tidak memenuhi undang-undang dan peraturan yang sedia ada, termasuk salah laku, penyelewengan, salah guna kuasa, salah tadbir dan seumpamanya.

Pengaduan-pengaduan awam meliputi semua aspek pentadbiran Kerajaan kecuali perkata-perkara yang berada di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Biro Bantuan Guaman, Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Pengurusan Kerajaan dan Jawatankuasa Kira-Kira Awam.



(b) Huraikan secara ringkas cara pengendalian pengaduan awam. (6 markah)

Semua pengaduan awam yang diterima oleh Biro Pengaduan Awam dikendalikan secara berikut :

(i) Keluarkan surat akuan terima dalam tempoh 1 hari bekerja setelah menerima surat aduan 
(ii) Salinkan surat-menyurat, termasuk e-mel, mengenai pengaduan awam kepada jabatan / agensi Kerajaan berkenaan dan kepada pihak pengadu
(iii) Adakan mesyuarat bersama jabatan / agensi Kerajaan dan pengadu jika difikirkan perlu 
(iv) Beri maklum balas yang diterima kepada pengadu dalam tempoh yang ditetapkan 
(v) Bentangkan kes-kes tertentu untuk pertimbangan Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam 
(vi) Pastikan jabatan / agensi Kerajaan berkenaan mengambil tindakan pembetulan 
(vii) Simpan rekod mengenai semua aduan yang diterima, yang mengandungi maklumat asas seperti tarikh aduan diterima, tarikh surat akuan dikeluarkan, kedudukan terkini mengenai aduan, keputusan Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam dan tindakan susulan yang diperlukan

Tatacara Pengurusan Aduan dilaksanakan dalam tempoh 15 hari bekerja



(c) Senaraikan peranan dan tanggungjawab Kementerian / Jabatan dalam mengendalikan pengaduan awam dalam perkhidmatan awam. (7 markah)

(i) Keluarkan surat akuan terima dalam tempoh 1 hari bekerja setelah menerima surat aduan daripada orang awam ataupun yang dirujuk oleh Biro Pengaduan Awam 
(ii) Beri jawapan kepada pengadu dalam tempoh yang ditetapkan

(iii) Beri kerjasama kepada Biro Pengaduan Awam apabila siasatan terhadap aduan / kes dijalankan

(iv) Ambil tindakan pembetulan untuk menyelesaikan aduan seperti yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam

(v) Kemukakan laporan kemajuan mengenai tindakan pembetulan yang diambil dari semasa ke semasa kepada Biro Pengaduan Awam Simpan rekod mengenai semua aduan yang dirujuk oleh Biro Pengaduan Awam dan aduan yang diterima secara terus dengan memasukkan maklumat asas seperti tarikh aduan diterima, tarikh akuan dikeluarkan, kedudukan terkini sesuatu aduan, keputusan Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam dan tindakan pembetulan yang telah atau sedang ambil

Friday 10 May 2013

BAHAGIAN I (SOALAN 5 [b])


(b) Jabatan anda telah membuat perolehan ‘Perkhidmatan Pembersihan Bangunan Pentadbiran Jabatan Angkasa’ secara sebutharga.


Sebutharga bagi
‘Perkhidmatan Pembersihan Bangunan Pentadbiran Jabatan
Angkasa’
Tarikh Pelawaan
9 Februari 2012 (Khamis)
Tarikh Tutup
17 Februari 2012 (Jumaat)
Waktu Tutup
12.00 tengahari
Tarikh Peti Tawaran Dibuka
20 Februari 2012 (Isnin)
Harga Dokumen Sebut Harga
RM 55 bagi satu dokumen
Tempoh Sah Laku
85 hari
Syarat Pendaftaran
Berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam Kod bidang berkaitan ATAU berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor di dalam kelas F bawah kepala dan sub kepala yang berkaitan
Bilangan Syarikat yang mengemukakan Tawaran
10 syarikat (1 daripada penyebut harga menghantar dokumen tawaran pada pukul 12.10 tengah hari)
Bilangan syarikat yang dipertimbangkan
10 syarikat
Tarikh Jawatankuasa Sebut Harga Bersidang
28 Mei 2012
Tarikh Surat Setuju Terima
31 Mei 2012



Ketua Audit di Jabatan anda telah membuat teguran mengenai perolehan yang tidak mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang berkuat kuasa. Ketua Jabatan anda telah mengarahkan anda untuk meneliti perolehan bagi sebutharga “Perkhidmatan Pembersihan Bangunan Pentadbiran Jabatan Angkasa” berkenaan.

Nyatakan perkara yang tidak mengikut peraturan Kerajaan yang berkuat kuasa. (10 markah)

Arahan Perbendaharaan
Bab B : Tatacara Perakaunan (Bahagian III - Tatacara Perolehan Bekalan, Perkhidmatan dan Kerja)
Muka Surat : 334 - 357

Jawapan :

Tatacara Menguruskan Sebut Harga hendaklah seragam dan diamalkan kepada penyebut harga yang telah dikenalpasti bagi sesuatu urusan sebut harga bagi memastikan prinsip kesaksamaan dan adil dilaksanakan ke atas penyebut harga. Kementerian / Jabatan hendaklah menetapkan kaedah pemberitahuan sebut harga ada melalui pos berdaftar, pos laju atau serahan tangan.

Antara perkara-perkara yang tidak mengikut peraturan Kerajaan yang berkuat kuasa ialah :
Pertama , kesilapan tarikh tutup sebut harga pada 17 Februari 2012. Menurut Arahan Perbendaharaan 170.2 (d) menyatakan bahawa tempoh sebut harga hendaklah sekurang-kurangnya 7 hari sehingga 14 hari berturut-turut dan pemberitahuan itu hendaklah sentiasa berada di papan kenyataan sepanjang tempoh tersebut. Pembetulan untuk tarikh tutup sebut harga ialah pada 13 Februari 2012.

Kedua, kelewatan pada tarikh peti tawaran dibuka. Menurut Arahan Perbendaharaan 197.2 (b), Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga hendaklah membuka peti tawaran pada waktu yang ditetapkan. Jika ini tidak dapat diuruskan, Ketua Jabatan atau Pengerusi Lembaga Perolehan hendaklah memastikan supaya peti tawaran dilakri pada waktu tutup yang ditetapkan dan mengatur supaya peti dibuka oleh Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga secepat mungkin. Pembetulan Tarikh Peti Tawaran Dibuka ialah pada 13 Februari 2012, waktu selepas tutup sebut harga atau selewatnya pada esok hari.

Ketiga, kesilapan bilangan syarikat yang dipertimbangkan ialah 10 syarikat. Di dalam jadual tersebut telah menyatakan bahawa tutup sebut harga ialah pada jam 12.00 tengahari. Selepas jam 12.00 tengahari, jabatan tersebut telah menerima 1 penyebut harga dokumen tawaran pada jam 12.10. Mengikut Arahan Perbendaharaan 195, dokumen sebut harga yang sampai atau diserahkan selepas jam 12.00 tengahari adalah dianggap tidak terima. Bilangan syarikat yang dipertimbangkan ialah hanya 9 syarikat sahaja.

Keempat, kelewatan tempoh sah laku dokumen sebut harga. Tempoh sah laku sebut harga ialah 85 hari iaitu pada atau sebelum 9 Mei 2012. Tarikh Surat Setuju Terima telah dikeluarkan pada 31 Mei 2012. Ia telah melebihi tempoh sah laku sebut harga tersebut. Tarikh Surat Setuju Terima perlu dikeluarkan sebelum 9 Mei 2012.

Kelima, kelewatan Tarikh Jawatankuasa Sebut Harga Bersidang iaitu 28 Mei 2012. Jawatankuasa Sebut Harga perlu bersidang selepas 2 minggu Analisa Sebut Harga disediakan oleh Jabatan.

BAHAGIAN I (SOALAN 5 [a])

(a) Di kaunter pembayaran saman Polis Di Raja Malaysia, seorang pelanggan bertanya sama ada pembayaran terhadap berikut.
i. Apakah prosedur yang teratur untuk menerima cek sebagai bayaran? (5 markah)

Arahan Perbendaharaan
Bab A : Tatacara Kewangan (AP 60[i], AP 76)

Muka Surat : 292 , 298

Jawapan :


Pemungut boleh menurut budi bicaranya, menerima cek sebagai bayaran. Semua cek hendaklah dibuat untk dibayar kepada jabatan yang berkenaan atau Akauntan Negara atau Akauntan Negeri / Bendahari Negeri mengikut mana yang berkenaan dan dipalang “Akaun Penerima Sahaja”. Nombor siri mana-mana cek yang diterima, mestilah dicatat pada Resit Rasmi yang dikeluarkan.

Resit Rasmi secara manual atau elektronik mestilah dikeluarkan sebagai akuan terima wang yang dibayar kepada seseorang pegawai awam. Resit Rasmi mesti dikeluarkan pada masa urusan dibuat dan jika seseorang hadir sendiri, Resit Rasmi mestilah diserahkan kepadanya.



ii. Bagaimanakah pula tindakan jika didapati cek tersebut tidak diterima oleh pihak bank? (5 markah)

Arahan Perbendaharaan
Bab A : Tatacara Kewangan (AP 76 [b]) 
Muka Surat : 298

Jawapan :


Tindakan yang perlu diambil sekiranya cek tersebut tidak diterima oleh pihak bank ialah Pemungut bertanggungjawab untuk mendapatkan amaun gantian cek itu mengikut peraturan yang berkuat kuasa. Semua Pejabat Pemungut hendaklah menyelenggara satu Daftar Cek Tak Laku dan bertanggungjawab menghubungi pembayar / pengeluar cek untuk membatal resit asal dan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengutip amaun yang tertunggak.

Pemungut hendaklah menyediakan tunggakan hasil dan melaporkannya kepada Pegawai Pengawal. Pelarasan perlu ditunjukkan di dalam Buku Tunai atau Buku Tunai Elektronik apabila cek tersebut diketahui tidak laku.

Thursday 9 May 2013

RESULT SEM 4

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah...
Hari ini, keputusan semester 4 sudah keluar. Sebelum keputusan keluar, memang sudah menyediakan diri dengan redha apa yang akan berlaku. Kerana disebabkan kecuaian diri sendiri semasa menjawab soalan akhir. Pengajaran untuk diri sendiri dan ada hikmahnya. Tetapi, kawan-kawan yang banyak membantu mengajar semester 4, berbaloi tidur hanya 2 atau 3 jam sahaja sebelum peperiksaan akhir. Rare x? hehehe ~lepas habis exam, qada tidur hehehe

InsyaAllah, bulan Jun akan bermula semester baru dengan AZAM baru, SEMANGAT baru serta.. emm apa-apa sahajalah hehehe

Semoga Allah permudahkan segalanya untuk saya dan rakan-rakan saya.

Aminnnn


Wednesday 8 May 2013

BAHAGIAN I (SOALAN 8)


(a) Pegawai Stor yang bertanggungjawab hendaklah memastikan semua stok yang diterima direkodkan menggunakan kad yang telah ditetapkan.

Jelaskan tatacara merekod stok bagi Stor Utama. (10 markah)

Tatacara Pengurusan Stok Kerajaan
Bab B : Merekod Stok
Muka Surat : 644-648

Jawapan :

Tatacara Merekod Stok
Semua jenis stor hendaklah merekodkan stok yang diterima dengan menggunakan kad yang telah ditetapkan bagi tujuan mengetahui kedudukan stok simpanan, memastikan bilangan dan fizikal stok sentiasa tepat dan mengawal paras stok.

Tatacara merekod stok ialah :
Pertama, setiap penerimaan direkodkan dengan pen dakwat merah dan pengeluaran direkodkan dengan pen dakwat hitam atau biru di Kad Kawalan Stok dan Kad Petak.

Kedua, semua Kad Kawalan Stok dan Kad Petak hendaklah dikemaskini setiap kali transaksi penerimaan dan pengeluaran

Ketiga, satu Kad Kawalan Stok dan Kad Petak digunakan untuk merekod satu item stok dengan mengikut nombor kad yang berturutan

Keempat, senarai Daftar Kawalan Stok KEW.PS-5 hendahlah disediakan

Kelima, pindaan atau pemadaman pada rekod tidak dibenarkan. sekiranya apa-apa pembetulan diperlukan, langkah-langkah berikut perlu dipatuhi iaitu angka asal hendaklah digaris dengan satu garisan sahaja, angak yang betul ditulis dibahagian atas angka asal dan pembetulan ditandangan ringkas oleh Pegawai Stor.

Sekiranya penggunaan rekod melalui Sistem Elektronik, sistem merekod / melapor secara elektronik hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan iaitu format yang sama hendaklah diguna pakai dan dikemaskini dan dicetak dari semasa ke semasa.


(b) Mengikut peraturan yang ditetapkan, Pegawai Pengawal perlu memastikan pengurusan stor dilaksanakan dengan teratur, cekap dan berkesan. Antara perkara yang ditekankan adalah Pemverifikasian Stor.

Huraikan bagaimana Verifikasi Stor dijalankan di tempat anda? (10 markah)

Tatacara Pengurusan Stok Kerajaan
Bab B : Merekod Stok
Muka Surat : 672-674

Jawapan :

Pemeriksaan perlu dijalankan dari semasa ke semasa untuk mengesan dan mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang menyebabkan stok berlebihan, berkurangan, rosak, usang, luput tempoh dan sebagainya supaya tindakan susulan dapat diambil.

Pemeriksaan dibahagikan kepada tiga jenis iaitu Pengiraan Stok, Pemeriksaan Stok dan Verifikasi Stok.

Verifikasi stor hendaklah dilaksanakan selepas pemeriksaan stor oleh Pegawai Pemeriksa di Stor Pusat dan Stor Utama sekurang-kurangnya satu tahun sekali sebelum berakhir 31 Disember. Tujuan verifikasi stor adalah seperti :

Pertama, mengesahkan ketepatan rekod-rekod dan stok secara 100% bagi menentukan jumlah stok fizikal adalah tepat dengan baki di Kad Kawalan Stok.

Kedua, memastikan pelarasan stok diambil tindakan.

Ketiga, memastikan stok lebih atau usang atau tidak boleh guna tau rosak atau tidak bergerak atau hampir luput tempoh penggunaan diambil tindakan pelupusan.

Keempat, memastikan stok kurang atau susut disebabkan dipotong, ditimbang, dibancuh, bocor, sejat atau seumpamanya diambil tindakan hapus kira.

Kelima, melengkapkan semua butiran maklumat dan mengesahkan KEW.PS-14.

Keenam, melaporkan pengurusan stor secara keseluruhan iaitu organisasi stor, kawalan stok, penerimaan, merekod, penyimpanan, pengeluaran, pengiraan / pemeriksaan / verifikasi, keselamatan / kebersihan, pelupusan, kehilangan / hapus kira dan nilai stok dengan menggunakan Laporan Tahunan Keseluruhan Pengurusan Stor KEW.PS-15.