Tuesday 7 May 2013

BAHAGIAN I (SOALAN 4)

(a)i. Puan Ferra seorang jururawat di Klinik Kesihatan Seri Kembangan, Selangor telah dipilih sebagai jurulatih bola jaring bagi persediaan pasukan Selangor menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) akan datang. Untuk tujuan latihan di luar negeri Selangor, beliau terpaksa bercuti.
Apakah jenis cuti khusus yang boleh diberikan kepada beliau? Nyatakan kadar dan syarat-syaratnya. (6markah)

Bab C : Cuti 1974
Bahagian VI : Cuti Tidak Berekod, Peraturan No 46
Muka Surat : 126

Jawapan :
Jenis cuti khusus yang boleh diberikan kepada Puan Ferra ialah Cuti Tidak Berekod.
Mengikut Bab C, Cuti 1974, Peraturan 46(a) cuti mengambil bahagian dalam olahraga / sukan.

Seseorang pegawai yang dipilih untuk mengambil bahagian dalam sebarang perlawanan olahraga atau sukan di peringkat negeri atau antarabangsa boleh diberi cuti tidak berekod bagi masa yang betul-betul diperlukan untuk mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut sahaja tetapi tidak melebihi 30 hari.
  
Cuti itu akan diberikan di atas budi bicara Ketua Jabatan dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. Sebarang cuti lagi yang diperlukan lebih daripada ini akan ditimbangkan oleh Ketua Setiausaha Negara mengikut budi bicaranya sendiri.


ii. Doktor Vanessa seorang ahli Persatuan Pergigian Malaysia (MDA) ingin menghadiri mesyuarat tahunan persatuan berkenaan. Apakah jenis cuti khusus yang boleh diberikan. Nyatakan kadar dan syarat-syaratnya (4markah)
 
Bab C : Cuti 1974

Bahagian VI : Cuti Tidak Berekod, Peraturan No 46
Muka Surat : 126

Jawapan :
Jenis cuti khusus yang boleh diberikan kepada Doktor Vanessa ialah Cuti Tidak Berekod. 
Mengikut Bab C, Cuti 1974, Peraturan 45 cuti menghadiri mesyuarat persatuan ikhtisas.

Tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan, Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti tidak berekod kepada pegawai-pegawai ikhtisas bagi menghadiri mesyuarat-mesyuarat persatuan-persatuan ikhtisas mereka. Persatuan-persatuan yang dimaksudkan ini adalah seperti yang diisytiharkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa. Mesyuarat-mesyuarat yang dibenarkan ialah Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar biasa sahaja.

 

(b) Puan Nooraini, telah diarahkan oleh Ketua Jabatannya supaya menjalankan tugas Encik Amri yang akan menunaikan fardhu haji selama 40 hari. Ini adalah kali pertama Puan Nooraini menjalankan tugas tersebut.

i. Nyatakan elaun yang boleh dibayar kepada Puan Nooraini dan syarat bagi mendapatkan elaun tersebut. (5markah)

Peraturan Penaggungan Kerja Perkhidmatan Awam
Muka Surat : 865-871

Jawapan :

Elaun yang boleh dibayar kepada Puan Nooraini ialah Elaun Penanggungan Kerja.

Syarat untuk mendapatkan elaun tersebut ialah :
1)Telah melaksanakan tugas jawatan yang ditanggung kerja selama 28 hari berturut-turut termasuk hari cuti mingguan, kelepasan am dan cuti rehat atas sebab-sebab kecemasan serta cuti sakit secara terkumpul yang tidak melebihi daripada 5 hari bekerja

2)Seseorang pegawai yang sedang menanggung kerja tetapi kemudiannya meninggalkan tugas jawatan yang ditanggung kerja itu selama 14 hari berturut-turut iaitu termasuk cuti mingguan dan kelepasan am, maka pembayaran Elaun Penanggung Kerja hendaklah dihentikan.

3)Seseorang pegawai yang pernah diluluskan menanggung kerja dan kemudiannya diluluskan menanggung kerja jawatan yang sama, boleh dibayar Elaun Penanggungan Kerja sekiranya tempoh penanggungan kerja kali kedua dan seterusnya tidak kurang 14 hari berturut-turut termasuk cuti mingguan dan kelepasan am. Jawatan yang sama bermaksud jawatan yang pernah ditanggung kerja sebelumnya.

4)Jika pegawai yang menanggung kerja layak menerima Bayaran Lebih Masa, bayaran tersebut hanya boleh dibayar bagi tugas yang dilaksanakan selepas 2 jam 15 minit daripada waktu pejabat.
 


ii. Pada hari ke-15 menjalankan tugas, Puan Nooraini dipanggil untuk temuduga kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi. Adakah beliau masih layak menerima elaun tersebut? Beri alasan anda. (5markah)

Peraturan Penaggungan Kerja Perkhidmatan Awam
Muka Surat : 865-871

Jawapan :

Puan Nooraini masih layak menerima elaun tersebut kerana beliau telah melaksanakan tugas jawatan yang ditanggung kerja oleh beliau tanpa melanggar syarat-syarat elaun penanggungan kerja.

Antaranya tidak meninggalkan tugas jawatan yang ditanggung kerjanya selama 14 hari berturut-turut dan tidak cuti sakit secara terkumpul yang tidak melebihi daripada 5 hari bekerja.

No comments:

Post a Comment