Pembuka Bicara...
Sujud syukur kepada Allah SWT dengan limpah kurnia rezekiNya. Tahun ini, pertama kali mengambil peperiksaan KPSL N27. Alhamdulillah, saya lulus untuk semua paper peperiksaan (Bahagian A, B dan C). Memang tidak sangka kerana Bahagian C - Undang-undang Umum soalan-soalannya agak susah (lagipun masa itu saya redha dan tawakkal kerana tidak sempat jawab soalan 1 (iii) dan soalan 4 (ii) emm rasanyalah huhu tak ingat sudah...)
Ada orang pernah berpesan pada saya, untuk mendapatkan KEJAYAAN mesti akan mengharungi kesusahan dahulu. Ya! Memang benar, kesusahan fasa-fasa saya SEBELUM, SEMASA dan SELEPAS mengharungi peperiksaan KPSL N27 ini telah saya hadapi. Mungkin ramai pelik mengapa saya ambil KPSL N27 sedangkan jawatan sekarang Pembantu Tadbir Kewangan. (",)
Attachment diatas adalah result saya. InsyaAllah, saya akan post di blog ini untuk sama-sama berkongsi mengenai soalan-soalan (tahun 2012 sahaja kerana saya tiada soalan-soalan past year. Saya hanya tagging buku dan semasa peperiksaan saya hanya memahami kehendak soalan) dan buku-buku yang berkaitan KPSL N27. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan urusan saya dan anda serta berusaha untuk LULUS peperiksaan KPSL N27. InsyaAllah!
Wassalam.
Salam, ade x tips n cara-cara jawab soalan..?
ReplyDeletetahun 2011 saya ambil for the 1st time....tp gagal....tahun 2012 x dapat ambil sebab dah cuti bersalin....saya nak cuba tahun 2013 ....peksa bulan jun ni...saya nak prepare awal2...tolong bagi tips n pesanan yg best2 skit....
Waalaikummussalam mamamiela..
DeleteInsyaAllah saya boleh bg tips tp usaha pada kak..
Kwn sy bg tips pun sedikit je iaitu tagging buku..
Cara menjawab, insyaAllah saya akan cuba bantu...
Mohon maaf, saya baru dapat reply msg..
Saya baru lepas final exam n kursus serta keje bertimbun..
Insyaallah sy akan upload soalan2 dan jawapan utk tahun 2012 sahaja (thn sy exam)
Permohonan Exam KPSL N27 sudah dibuka....
ReplyDeleteSiapa yang nak kompilasi past year soalan + jawapan dari thn 1995-2012
(bah a,b & c) can pm / email me premidharma@yahoo.com
wah kak hebatnye...tahniahhhh..paper c sy xhadir..xdop buku..huhu
ReplyDeletealhamdulillah saya juga telah lulus exam ni dgn 2 kali percubaan.malangnyer result keluar selepas temuduga n27...melepas peluang kali ni
ReplyDeletenak tanya.. mula2 saya exam 3 paper a,b dan c.. kali pertama lulus bahagian b, tahun berikut nya ambik paper yang a dan c.. lulus bahagian c... tahun last pulak ambik paper a..dan lulus.. perlu ke saya ambik exam untuk a,b dan c serentak lulus atau lulus macam yang saya ambik tu pun boleh diambil kira jugak ke?
ReplyDelete