Perintah-Perintah Am dan Arahan Pentadbiran
Terbitan ILBS
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Gambar di atas Buku Rujukan yang dicadangkan oleh kawan saya. Pada pendapat kawan saya, buku ini sangat bagus berbanding terbitan MDC kerana ia lebih padat dan banyak maklumat (saya pun tidak perasan, terus beli je dan balik rumah tagging semua huhu).
Untuk peperiksaan KPSL N27, Bahagian A, semua isi kandungan dalam buku ini termasuk dalam peperiksaan (anda boleh semak Sukatan Peperiksaan). Kawan saya juga mencadangkan agar membuat tagging mengikut isi kandungan buku agar senang dan mudah untuk membuat pencarian dan jimat masa.
Contoh tagging seperti berikut :
Contoh 1
Buku ini saya telah tagging selama 2 hari (jenuh huhu)
Contoh 2
Tagging mengikut isi kandungan buku
Saya syorkan tagging mengikut susunan seperti didalam isi kandungan dan tagging tidak bertimpa-timpa, susun seperti tangga (berperingkat-peringkat). Kerana ia akan memudahkan anda untuk mencari tanpa melihat isi kandungan buku. Emm anda faham ke? Jika tidak faham, boleh bertanya dengan saya.
Ada tambahan tagging yang saya buat tetapi tiada dalam isi kandungan seperti :
1. Arahan Perbendaharaan
i) Bab A - Tatacara Kewangan
ii) Bab B - Tatacara Perakaunan
iii) Bab C - Audit, Kehilangan dan Tatacara Hapus Kira
2. Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan
i) Bab A - Penerimaan
ii) Bab B - Merekod Stok
iii) Bab C - Penyimpanan
iv) Bab D - Pengeluaran
v) Bab E - Pemeriksaan
vi) Bab F - Keselamatan dan Kebersihan
vii) Bab G - Pelupusan
viii) Bab H - Kehilangan dan Hapus Kira
Buku ini sahaja akan digunakan untuk Bahagian A.
Semoga Berjaya untuk tagging buku! (",)
No comments:
Post a Comment