Daripada Abdullah bin Abbas r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Takutilah doa orang yang dizalimi, sesungguhnya tiada hijab di antaranya dengan Allah."
(Riwayat al-Bukhari)
Pengajaran :
Usahlah kita menzalimi dan menganiaya sesama makhluk.
101 Rekreasi Hati :
Oleh Dr Zahazan Mohamed dan Nik Wafdi Nik Jaafar
Wednesday, 28 November 2012
BUKU RUJUKAN - BAHAGIAN I
Perintah-Perintah Am dan Arahan Pentadbiran
Terbitan ILBS
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Gambar di atas Buku Rujukan yang dicadangkan oleh kawan saya. Pada pendapat kawan saya, buku ini sangat bagus berbanding terbitan MDC kerana ia lebih padat dan banyak maklumat (saya pun tidak perasan, terus beli je dan balik rumah tagging semua huhu).
Untuk peperiksaan KPSL N27, Bahagian A, semua isi kandungan dalam buku ini termasuk dalam peperiksaan (anda boleh semak Sukatan Peperiksaan). Kawan saya juga mencadangkan agar membuat tagging mengikut isi kandungan buku agar senang dan mudah untuk membuat pencarian dan jimat masa.
Contoh tagging seperti berikut :
Contoh 1
Buku ini saya telah tagging selama 2 hari (jenuh huhu)
Contoh 2
Tagging mengikut isi kandungan buku
Saya syorkan tagging mengikut susunan seperti didalam isi kandungan dan tagging tidak bertimpa-timpa, susun seperti tangga (berperingkat-peringkat). Kerana ia akan memudahkan anda untuk mencari tanpa melihat isi kandungan buku. Emm anda faham ke? Jika tidak faham, boleh bertanya dengan saya.
Ada tambahan tagging yang saya buat tetapi tiada dalam isi kandungan seperti :
1. Arahan Perbendaharaan
i) Bab A - Tatacara Kewangan
ii) Bab B - Tatacara Perakaunan
iii) Bab C - Audit, Kehilangan dan Tatacara Hapus Kira
2. Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan
i) Bab A - Penerimaan
ii) Bab B - Merekod Stok
iii) Bab C - Penyimpanan
iv) Bab D - Pengeluaran
v) Bab E - Pemeriksaan
vi) Bab F - Keselamatan dan Kebersihan
vii) Bab G - Pelupusan
viii) Bab H - Kehilangan dan Hapus Kira
Buku ini sahaja akan digunakan untuk Bahagian A.
Semoga Berjaya untuk tagging buku! (",)
Tuesday, 27 November 2012
Keputusan KPSL N27
Pembuka Bicara...
Sujud syukur kepada Allah SWT dengan limpah kurnia rezekiNya. Tahun ini, pertama kali mengambil peperiksaan KPSL N27. Alhamdulillah, saya lulus untuk semua paper peperiksaan (Bahagian A, B dan C). Memang tidak sangka kerana Bahagian C - Undang-undang Umum soalan-soalannya agak susah (lagipun masa itu saya redha dan tawakkal kerana tidak sempat jawab soalan 1 (iii) dan soalan 4 (ii) emm rasanyalah huhu tak ingat sudah...)
Ada orang pernah berpesan pada saya, untuk mendapatkan KEJAYAAN mesti akan mengharungi kesusahan dahulu. Ya! Memang benar, kesusahan fasa-fasa saya SEBELUM, SEMASA dan SELEPAS mengharungi peperiksaan KPSL N27 ini telah saya hadapi. Mungkin ramai pelik mengapa saya ambil KPSL N27 sedangkan jawatan sekarang Pembantu Tadbir Kewangan. (",)
Attachment diatas adalah result saya. InsyaAllah, saya akan post di blog ini untuk sama-sama berkongsi mengenai soalan-soalan (tahun 2012 sahaja kerana saya tiada soalan-soalan past year. Saya hanya tagging buku dan semasa peperiksaan saya hanya memahami kehendak soalan) dan buku-buku yang berkaitan KPSL N27. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan urusan saya dan anda serta berusaha untuk LULUS peperiksaan KPSL N27. InsyaAllah!
Wassalam.
ILMU itu WAJIB
Daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Menuntut Ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim."
(Riwayat Ibn Majah dan Abu Ya'la)
Pengajaran :
Dianjurkan untuk menuntut ilmu di mana saja kita berada, kerana apa yang kita lakukan adalah mengikut ilmu yang kita ketahui.
101 Rekreasi Hati :
Oleh Dr Zahazan Mohamed dan Nik Wafdi Nik Jaafar
"Menuntut Ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim."
(Riwayat Ibn Majah dan Abu Ya'la)
Pengajaran :
Dianjurkan untuk menuntut ilmu di mana saja kita berada, kerana apa yang kita lakukan adalah mengikut ilmu yang kita ketahui.
101 Rekreasi Hati :
Oleh Dr Zahazan Mohamed dan Nik Wafdi Nik Jaafar
Subscribe to:
Posts (Atom)